TUMPAT: Kerajaan Kelantan telah membuat persediaan pada tahap terbaik untuk berdepan bah, namun bencana alam yang melanda kali ini disifatkan luar biasa.
Timbalan Menteri Besar, Datuk Dr. Mohamed Fadzli Hassan berkata, situasi itu dapat dilihat banjir yang melanda sesetengah kawasan Rantau Panjang dan Tumpat menyamai ‘bah merah’ 1967.
“Semua tahu banjir gelombang pertama tempohari adalah terbesar dalam jangkamasa 10 tahun selepas kejadian bah kuning 2014.
“Setakat ini jumlah keseluruhan mangsa banjir yang berpindah ke 316 PPS yang diaktifkan adalah seramai 114,730 orang ...