KOTA BHARU: Impian seorang ibu tunggal untuk membeli sebuah kereta jenis Perodua Viva terpakai bagi kegunaan keluarganya tidak kesampaian apabila wang simpanan sebanyak RM3,000 hangus dalam kebakaran rumah di Lorong Baloh Raja, Kubang Kerian di sini tengah malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 12.55 tengah malam itu, mangsa, Siti Suraya Manan, 39, tidak sempat mengambil wang tersebut yang disimpan di dalam almari kerana terkejut melihat api marak di bahagian dapur rumahnya.
Siti Suraya berkata, ketika kejadian, dia bersama dua anak lelaki ...