Blog

Gelombang kedua hujan lebat landa selatan Thailand, esok

BANGKOK : Jabatan Meteorologi meramalkan hujan lebat akan melanda beberapa kawasan di wilayah selatan Thailand, bermula esok hingga 16 Disember depan. 

Kawasan yang dijangka terjejas termasuk Chumphon, Surat Thani, Nakhon Si Thammarat, Phatthalung, Songkhla, Yala, Pattani dan Narathiwat.

Susulan itu, Pusat Operasi Bencana untuk Mangsa Banjir dan Tanah Runtuh mengeluarkan amaran kepada penduduk di wilayah selatan Thailand agar bersiap sedia menghadapi hujan lebat baharu susulan banjir besar yang melanda kawasan itu.

Timbalan Perdana Menteri ...

Read More →

Sakit hati cinta ditolak punca wanita diculik

BANDUNG: Gara-gara sakit hati akibat cintanya ditolak, seorang wanita diculik oleh empat lelaki di Bandung, Jawa Barat.

Ketua Bahagian Hubungan Masyarakat Polis Daerah Jawa Barat, Jules Abraham Abast berkata, tindakan itu berpunca akibat dendam dan cemburu suspek utama yang berasa sakit hati apabila cintanya ditolak oleh mangsa.

“Motif utama adalah masalah cinta. Suspek mendakwa pernah menjalinkan hubungan dengan mangsa sejak tahun 2014, malah mengaku telah bernikah secara lisan tanpa dokumen yang sah.

“Bagaimanapun, mangsa kini sudah berkahwin dengan orang lain, manakala suspek ...

Read More →
blank

Siti Khadijah Halim sebak tengok biduanita negara depan mata

KUALA LUMPUR: Kali pertama bertemu biduanita negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dalam sebuah majlis baru-baru ini, pelakon, Siti Khadijah Halim, gagal menahan sebak apabila berpeluang melihat penyanyi itu secara depan mata.

Momen istimewa itu diabadikan pelakon berusia 27 tahun itu menerusi Instagramnya, baru-baru ini.

Menerusi video itu, Siti berkongsi rasa teruja sambil dirakam menitiskan air mata pada detik istimewa itu.

“Sebak you, jumpa idola dari kecil,” tulisnya.

Pelakon berkenaan bukan sahaja berpeluang melihat persembahan penyanyi nombor satu negara itu sewaktu majlis Rizman Ruzaini ...

Read More →
blank

Serangan terhadap slogan GRS, tunjuk kebimbangan UMNO Sabah

KOTA KINABALU: Tindakan Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menyerang slogan ‘Rumah kita, Kita Jaga’ jelas menunjukkan kebimbangan UMNO Sabah terhadap Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Ketua Penerangan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, Bung Moktar harus sedar rakyat Sabah semakin memberi sokongan kepada parti tempatan yang dilihat mampu memenuhi aspirasi rakyat.

Serangan yang dilakukan oleh Bung Moktar itu jelas menunjukkan UMNO bimbang dengan sokongan rakyat yang semakin berkurang kepada mereka.

Dalam ucapan Timbalan ...

Read More →
blank

Mickey terima Darjah Kebesaran Ahli Sultan Sharafuddin Idris Shah

KLANG: Pemain bola sepak Selangor FC, Faisal Halim menerima Darjah Kebesaran Ahli Sultan Sharafuddin Idris Shah (AIS) sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor Ke-79, di Istana Alam Shah, hari ini.

Beliau yang dikenali sebagai Mickey berkata tidak menyangka usahanya mengangkat martabat bola sepak negara mendapat perhatian Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sehingga dikurniakan darjah kebesaran tersebut.

Justeru Faisal menzahirkan penghargaan kepada baginda dan menganggap kurniaan itu sebagai pengiktirafan terbesar diterima sepanjang menjadi pemain bola sepak profesional.

“Saya berjanji untuk bangkit mencari prestasi ...

Read More →
blank

Pelancong warga China hilang selepas makan di KLCC

PETALING JAYA: Seorang pelancong lelaki warga China berusia 84 tahun dilaporkan hilang selepas makan bersama keluarganya di Medan Selera Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 8 Disember lalu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, lelaki warga emas yang mempunyai masalah pendengaran dan tidak memakai sebarang alat bantuan pendengaran itu datang ke medan selera tersebut bersama empat ahli keluarganya.

“Dia dikatakan hilang pada hari berkenaan dan keluarganya membuat laporan pada keesokan hari, kira-kira pukul 11.42 pagi.

“Dia bersama ...

Read More →
blank

PetroSaudi dihalang akses dana 1MDB

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan kerajaan untuk menyekat PetroSaudi International Ltd (PSI) dan Pengarahnya Tarek Obaid daripada menggunakan dana AS$340 juta (RM1.61 bilion) yang dikaitkan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Hakim Datuk Ahmad Shahrir Salleh memutuskan demikian selepas terdapat bukti yang mencukupi untuk menunjukkan bahawa wang yang terlibat berkaitan dengan aktiviti pengubahan wang haram.

Beliau berkata bahawa Subseksyen 53(2)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram mewajibkan mahkamah menghalang sebarang ...

Read More →
blank

Tengku Muhammad Ismail santuni mangsa banjir 

KEMAMAN: Yang Dipertuan Muda Terengganu,Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan berkenan berangkat menyantuni mangsa banjir di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah ini, hari ini.

Tengku Muhammad Ismail turut berkenan mengurniakan sumbangan kepada 242 keluarga mangsa banjir yang ditempatkan PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Kemasik dan SK Pengkalan Ranggon.

Tengku Muhammad Ismail yang tiba di SK Kemasik kira-kira pukul 10 pagi dengan berpakaian santai sempat bertanya khabar dan mengurniakan sumbangan berupa kotak barangan keperluan asas serta wang tunai bagi setiap keluarga.

Selepas itu, ...

Read More →
blank

Saya tak berani komen tentang hal rumah tangga orang lain – Cha Cha Maembong

KUALA LUMPUR: Pelakon, Chacha Maembong, mengakui terkejut dengan perceraian yang berlaku membabitkan bekas suami isteri yang juga rakan industrinya, Jay Iswazir dan Azzahra Ahmad.

Pelakon berusia 28 tahun itu memaklumkan, dia cukup mengenali Jay dan Azzahra dan tidak menyangka rumah tangga mereka berakhir dengan perceraian.

“Saya terkejut dengan perceraian mereka. Tapi sebagai orang luar, Saya tak berani komen tentang hal rumah tangga orang lain.

“Saya baik dan kenal Jay dan Azzahra, jadi saya bersimpati dengan apa yang berlaku kepada perkahwinan mereka.

“Apa yang  ...

Read More →
blank

Malaysia bertegas kekal hubungan baik dengan Barat, Timur

KUALA LUMPUR: Malaysia kekal berpendirian tegas untuk mengekalkan hubungan baik dan bebas dengan negara Barat serta Timur

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerjasama antara Rusia dan dunia Islam bukan hanya bersifat politik, tetapi berpaksikan ekonomi dan budaya seperti yang ditunjukkan melalui inisiatif BRICS.

Malah katanya, Malaysia, sebagai sebuah negara merdeka, membuat keputusan tegas untuk mengekalkan pendirian yang bebas, baik dalam hubungan dengan Barat mahupun Timur.

“Rusia menunjukkan kemajuan besar dalam sektor pertanian, menjadi pengeksport utama gandum, membantu menangani cabaran keselamatan ...

Read More →
Page 851 of 2,190 «...820830840849850851852853...»

Kami telah pindah ke website baru. Sila layari https://ibsfocus.my

X