GEORGE TOWN : Malaysia boleh mencapai status negara maju antara tahun 2027 hingga 2029 andai Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) dirancang serta dilaksanakan dengan sebaik mungkin.
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, sasaran terbaharu itu dibuat mengikut unjuran dengan pertumbuhan terkini serta kadar mata wang pada peringkat sekarang.
“Mengikut unjuran itu, kita akan menjadi negara berpendapatan tinggi iaitu ukuran untuk menjadi negara maju seawal 2027.
“Unjuran yang lebih praktikal adalah 2028 dan kalau terlajak sedikit pun, saya ingat dalam 2029, kita akan menjadi negara maju,” ...