Bekas pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang sebelum ini didakwa melakukan gangguan seksual pada tahun 2024 didapati tidak serik dan masih melakukan perkara sama di tempat kerja barunya di sebuah kolej di Negeri Sembilan.
Menurut FMT, sumber memberitahu pensyarah berusia 52 tahun itu didakwa melakukan serangan seksual secara lisan terhadap seorang pelajar perempuan dengan niat untuk mencabul kehormatannya.
Kejadian itu berlaku di sebuah kolej swasta terletak di Nilai pada bulan Mei yang lalu dan pensyarah terbabit telah didakwa ...