PETALING JAYA: Eco World Development Group Berhad (EcoWorld Malaysia) mencatatkan keuntungan selepas cukai (PAT) keseluruhan berjumlah RM303.5 juta pada tahun kewangan 2024, meningkat 60.3 peratus berbanding tahun lalu.
Ini selepas kumpulan mengambil kira kerugian Eco World International Berhad dan susut nilai RM38 juta pada suku keempat.
EcoWorld turut merekodkan nilai jualan tertinggi berjumlah RM4.07 bilion, iaitu 16 peratus melebihi sasaran jualan terdahulu yang ditetapkan pada RM3.5 bilion.
Menurut kenyataan, hasil dan keuntungan kasar meningkat masing-masing sebanyak 1.4 peratus dan 13.3 peratus ...