Pelakon dan bekas model, Zahnita Wilson menjadi bualan masyarakat susulan pendedahannya dirinya menjadi mangsa keganasan rumah tangga sejak bergelar isteri.
Kini, kehidupan bintang yang pernah popular sekitar tahun 2000 itu semakin membaik setelah dia berjaya keluar daripada kemelut rumah tangga setelah sekian lama bertahan.
Ditemui media, Zahnita berkata dia sudah tawar hati untuk melibatkan diri dalam bidang peragaan meskipun dia pernah menyinar dalam arena ‘modeling’ sebelum ini.
Read More →
Pasaran saham kembali positif pagi ini
PETALING JAYA: Bursa Malaysia naik 2.60 mata kepada 1,604.68 pada pukul 9.04 pagi hari ini, berbanding 1,602.08 pada penutup Khamis.
Indeks penanda aras dibuka tinggi pada 1,603.86
Jumlah dagangan sebanyak 62.46 juta unit bernilai RM33.04 juta.
Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi rugi ssebanyak 117 berbanding 101, dengan 234 kaunter tidak berubah dan 2,072 tidak diniagakan.
Bagaimanapun, indeks STI Singapura turun 6.54 mata kepada 3,802.73, manakala indeks Nikkei Jepun menurun 322.64 mata kepada 39,526.50.
Selain itu, indeks Kospi Korea Selatan juga turun ...

PGA tahan lelaki bawa anak pokok seludup RM4.5 juta
RANTAU PANJANG: Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuala Terengganu merampas 15,000 batang anak pokok pelbagai jenis selepas menahan sebuah lori yang dipandu seorang lelaki di Kampung Limau Purut, Jalan Panglima Bayu disini kelmarin.
Tangkapan dan rampasan pukul 7 malam itu dilakukan menerusi rondaan rutin Op Taring Wawasan Kelantan.
Komander Briged Tenggara Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, pemeriksaan yang dilakukan ke atas lori itu telah menjumpai lebih 15,000 anak pokok ...

Dituduh Tak Sensitif, Peminat Tunjuk Bukti Lee Zii Jia Tak Sedar Pakai Baju Bendera Terbalik
Semalam, tular berita mengenai penaja pemain badminton Malaysia, Lee Zii Jia iaitu Victor mencetak bendera Malaysia terbalik dan susulan itu, pihak mereka telah membuat permohonan maaf serta memastikan tidak akan berlaku lagi di masa akan datang.
Cetak bendera terbalik di baju
Bendera Malaysia melambangkan perpaduan dan identiti. Justeru, kami amat kesal dengan sebarang tindakan tidak disengajakan yang disebabkan oleh kesilapan ini.

Hanya M. Nasir boleh ‘lerai’ kusut belenggu saya
Siapa sangka sudah 34 tahun hidup, penyanyi asal Sabah ini tidak pernah sekali pun menjejakkan kaki ke konsert apalagi mempunyai pengalaman ‘perang tiket’. Kali ini, dengan sejambak bunga di tangan, Stacy dan suami, Akim Ahmad berlari di dalam hujan menonton persembahan Datuk M.Nasir.
“Sejujurnya saya peminat nombor satu Datuk M. Nasir kerana lirik dan lagunya sangat berhantu. Saya tidak pernah ke konsert, cuma tempoh hari saya dan Akim hadirkan diri ke Konsert Cipta 2 M Nasir.
“Saya terpegun dan ...

JS-SEZ: Malaysia, Singapura tandatangan perjanjian 6 Januari 2025
ISKANDAR PUTERI: Perjanjian berhubung pelaksanaan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) antara Malaysia dan Singapura akan ditandatangani pada 6 Januari, tahun depan.
Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, perjanjian tersebut bakal menyelesaikan beberapa isu berbangkit antara kedua-dua negara jiran, selama ini.
Bagaimanapun katanya, lokasi majlis bersejarah tersebut belum diputuskan sama ada di Johor Bahru atau di Putrajaya.
“Pada 6 Januari 2025, kita akan tandatangan perjanjian JS-SEZ antara Malaysia dan Singapura. Melalui perjanjian itu, kita akan selesaikan pelbagai isu yang selama ini kerap ...

Dulu tutup mana yang penting – Chacha Maembong buang imej seksi
PELAKON ini sebelum ini puas dihentam netizen gara-gara gaya berpakaiannya yang mencolok mata.
Malah, masyarakat mencemuh Cha Cha Maembong kerana dia pernah membuat pengakuan suka berpakaian seksi sejak dulu.
Tapi, ada benarnya kata orang. Usia mematangkan manusia.
Dulu, mungkin tak henti-henti cemuhan yang adik pelakon Emma Maembong ini terima kerana penampilannya.
Sekarang, pelakon berusia 28 tahun ini menerima pelbagai pujian kerana semakin menjaga had dalam berpakaian.
“Dulu, saya belasan tahun, zaman remaja, memang cara berpakaian saya seksi. Mungkin, tutup mana yang ...

Jumaat pertama 2025 di Johor kerja atau cuti?
JOHOR BAHRU: Kerajaan negeri belum memutuskan sama ada Jumaat pertama tahun depan merupakan cuti hujung minggu atau hari bekerja berikutan penyelarasan semula cuti di negeri ini bermula 1 Januari depan.
Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia negeri, Lee Ting Han berkata, perkara itu hanya akan diputuskan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, minggu depan dan perbincangan mendalam dengan pelbagai pihak perlu dibuat kerana melibatkan implikasi undang-undang.
“Minggu depan kita akan adakan mesyuarat bagi membincangkan sama ada untuk minggu ...

EcoWorld raih untung bersih RM303.5 juta
PETALING JAYA: Eco World Development Group Berhad (EcoWorld Malaysia) mencatatkan keuntungan selepas cukai (PAT) keseluruhan berjumlah RM303.5 juta pada tahun kewangan 2024, meningkat 60.3 peratus berbanding tahun lalu.
Ini selepas kumpulan mengambil kira kerugian Eco World International Berhad dan susut nilai RM38 juta pada suku keempat.
EcoWorld turut merekodkan nilai jualan tertinggi berjumlah RM4.07 bilion, iaitu 16 peratus melebihi sasaran jualan terdahulu yang ditetapkan pada RM3.5 bilion.
Menurut kenyataan, hasil dan keuntungan kasar meningkat masing-masing sebanyak 1.4 peratus dan 13.3 peratus ...

PN bergolak, Ahmad Samsuri letak jawatan?

KANGAR: Peletakan jawatan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mohktar sebagai Bendahari Agung Perikatan Nasional (PN) agak mengejutkan iaitu tidak sampai dua hari selepas Naib Presiden Pas itu dilantik mengisi jawatan tersebut. Ia sekali gus menimbulkan persoalan adakah berlaku pergolakan di dalam gabungan tersebut berikutan kebanyakan jawatan tertinggi di dalam jawatankuasa PN tersebut … Read More →