KUALA LUMPUR: Tindakan mengibarkan bendera negara China dianggap perkara tidak masuk akal selain mencemar kedaulatan negara.
Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Malaysia (DPPM), Khairul Nadzir Helmi Azhar berkata, terdapat pihak turut dilihat sengaja mengaitkan dengan soal bangsa semata-mata membenarkan tindakan tidak bertanggungjawab itu.
“Kita tidak berbicara soal bangsa dalam perkara ini, ini melibatkan soal kedaulatan negara, tindakan mengibarkan bendera negara luar itu merupakan perkara yang tidak masuk akal dan tidak dapat diterima.
“Malangnya, ada segelintir individu seolah membela tindakan itu, pada saya ...