SEPANG: Teka-teki siapa selebriti lelaki tempatan yang ditahan polis kerana disyaki memiliki ganja di sebuah rumah di Cyberjaya petang semalam terjawab.
Pihak polis pagi ini mengesahkan Along Cham atau nama sebenarnya Muhammad Nizamuddin Ahmad, 41, adalah selebriti tempatan yang ditahan itu.
Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman ketika dihubungi hari ini.
Menurutnya, selebriti itu akan dibawa ke Mahkamah Majistret Teluk Datok di Banting pagi ini bagi mendapatkan perintah tahanan reman bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan mengikut Seksyen ...