Blog

Anna And The King: Harith Iskander dapat kereta, pemandu dan pengawal peribadi

MALAYSIA jarang dipilih sebagai lokasi penggambaran filem dana besar Hollywood dan Kerana itu filem Anna And The King meninggalkan kesan yang besar apabila beberapa negeri seperti Perak, Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Langkawi dipilih sebagai lokasi penggambaran filem yang menelan kos pembikinan sebanyak AS$ 92 juta itu.

Syarikat produksi gergasi, Fox 2000 Pictures pada waktu itu menerbangkan sekitar lebih 100 kru ke Malaysia, dan menggajikan puluhan lagi kerja tempatan untuk penggambaran filem itu.

Dua nama besar, Jodie Foster dan Chow Yun ...

Read More →

Hezbollah akui kehilangan laluan bekalan melalui Syria

BEIRUT: Ketua Hezbollah, Naim Qassem mengaku kumpulan itu telah kehilangan laluan bekalan utama melalui Syria susulan kejatuhan Presiden, Bashar al-Assad minggu lalu, akibat serangan besar-besaran oleh pasukan pejuang.

Dalam ucapan pertamanya sejak peristiwa itu, Qassem menyatakan laluan tersebut, yang sebelum ini digunakan untuk membawa masuk senjata dan kelengkapan ketenteraan dari Iran melalui Iraq dan Syria ke Lubnan, kini telah terputus.

Laluan tersebut terjejas selepas pejuang anti-Assad merampas sempadan dengan Iraq pada 6 Disember, diikuti dengan kejatuhan Damsyik ke tangan pasukan pejuang ...

Read More →
blank

Ada hikmah disebalik keguguran – Amyra Rosli

KUALA LUMPUR: “Mungkin Allah tahu saya belum bersedia untuk hamil.”

Demikian kata pelakon, Amyra Rosli yang reda dirinya belum mempunyai rezeki untuk menimang cahaya mata ketiga selepas mengalami keguguran sewaktu usia kandungannya mencecah dua minggu.

Kata pemilik nama lengkap Nur Amira Izzati Rosli, 33, dia kerap berasa bimbang dengan kandungannya ketika itu lebih-lebih lagi baru sahaja menerima tawaran naskhah telemovie bergenre aksi, Larian Terakhir.

“Sebenarnya, selepas saya menerima tawaran naskhah ini saya mula bimbang dengan kondisi saya yang sewaktu itu sedang hamil. ...

Read More →
blank

Polis Sahkan Along Cham Ditahan Disyaki Milki Ganja

Polis mengesahkan selebriti lelaki yang ditahan kerana disyaki memiliki ganja di sebuah rumah di Cyberjaya petang semalam adalah pelawak Along Cham.

Memetik Utusan Online, pelawak berusia 41 taun itu direman selama lima hari sehingga 19 Disember ini.

Semalam media melaporkan seorang selebriti lelaki ditahan bersama dua paket disyaki dadah jenis ganja. Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati lelaki berkenaan positif dadah jenis tetrahydrocannabinol (THC).

Siasatan juga mendapati suspek tiada rekod lampau dan kes disiasat di bawah Sekayen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya ...

Read More →
blank

Intan Najuwa Selamat Bersalin, Pilih Nama Imane Lunara

Pelakon Datin Intan Najuwa berkongsikan khabar gembira apabila selamat melahirkan cahaya mata pertama, bayi perempuan.

Menerusi perkongsian di Instagram, Intan meluahkan rasa syukur di atas kelahiran cahaya matanya itu yang diberi nama Imane Lunara.

Dalam hantaran berkenaan, Intan turut memuat naik gambar memaparkan keadaannya selepas melahirkan cahaya matanya itu namun wajah bayinya ditutup dengan emoji hati warna merah jambu.

Terdahulu, Intan Najuwa mendirikan rumah tangga dengan usahawan Datuk Ahmad Azraf Azman pada 18 Ogos 2023.