Pelakon Amyra Rosly reda selepas mengalami keguguran kandungan yang mencecah usia dua minggu dalam masa sama dia sedar belum sedia sepenuhnya untuk menimang anak ketiga.
Memetik Kosmo, Amyra berkata dia melihat kejadian itu sebagai hikmah daripada Allah Yang Maha Mengetahui tentang perjalanan hidupnya.
“Sebenarnya saya agak risau sejak tahu mengandung kerana naskhah ini memerlukan aksi fizikal yang mungkin berisiko untuk ibu mengandung .
“Tambahan pula, suami saya akan menunaikan ibadah haji ketika itu. Kalau saya bekerja, siapa yang akan menjaga anak-anak? Mungkin ...