KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) melalui TEKUN Nasional meluluskan pembiayaan berjumlah RM204.5 juta kepada 9,412 usahawan India.
Timbalan Menterinya, Datuk Seri R. Ramanan berkata, pembiayaan itu diluluskan menerusi Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India (SPUMI) bagi tempoh 2019 hingga November 2024.
“Menerusi jumlah itu, seramai 1,877 usahawan atau 20 peratus disenaraikan kepada agensi pelaporan kredit akibat kegagalan membayar semula pembiayaan kepada TEKUN Nasional.
“Kita terpaksa ambil tindakan untuk atasi masalah pembayaran semula ...