Pelakon, Bella Astillah membuat kejutan sempena hari kelahiran ahli politik terkenal, Syed Saddiq.
Menerusi sebuah video yang tular di aplikasi TikTok, ia memaparkan Bella dan Syed Saddiq sedang menjalani sesi penggambaran bagi mempromosikan sebuah jenama pakaian tempatan.
Read More →

“Saya Hubungi Ibu Mentua Saya Dengan Niat Nak Minta Maaf Tapi…” – Zahnita Wilson Akui Sedih Dengan Respon Yang Diterima
Pelakon dan bekas model, Zahnita Wilson mendedahkan dia sempat menghubungi ibu mentuanya untuk memohon maaf sepanjang dia bersama keluarga tersebut.
Namun dia berkata respon yang diterimanya amat menyedihkan.
Iya, baru-baru ini saya memang ada call ibu mentua saya dengan niat nak mohon maaf sebab tak dapat jaga dan bersama anak dia (Zackery).
Tetapi respon yang saya terima daripada ...

‘Live’ di Tik Tok, Zul 2By2 raih pendapatan cecah RM45,000
HULU LANGAT : Penyanyi dan komposer, Zul 2By2 tidak menolak kini lebih banyak meneroka peluang di platform media sosial terutama Tik Tok dalam usaha meneruskan perjuangan berkarya selain menyunting bakat-bakat baharu menerusi program nyanyian atas talian yang dikendalikannya.
Menurut penyanyi berusia 52 tahun ini, dia juga bahkan berkongsi bahawa pendapatan yang diperoleh hasil daripada komitmennya sepanjang aktif ‘live’ di TikTok juga sangat memuaskan dengan purata pendapatan mampu mencecah RM45,000 hingga RM50,000.
“Pendapatan di TikTok tidak menentu dan sebab itu saya aktif ...

Selebriti ditahan miliki ganja sudah lapan tahun menagih
SEPANpolisSelebriti lelaki yang ditahan kerana memiliki ganja di Cyberjaya baru-baru ini dikatakan sudah lapan tahun menagih dadah.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Asisten Komisioner Norhizam Bahaman ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.
Menurutnya, perkara itu disahkan menerusi hasil siasatan terhadap lelaki berusia 41 tahun itu.
“Kami kini sedang melengkapkan kertas siasatan sebelum dibawa ke Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.
“Ketika ini, suspek ditahan selama lima hari bermula semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952,” katanya.
Dalam pada itu, ...

Selebriti Lelaki Yang Ditahan Sudah 8 Tahun Menagih Ganja
Terdahulu, hangat diperkatakan seorang selebriti lelaki ditahan di kediamannya di Cyberjaya bersama dua peket lutsinar disyaki ganja.
Terbaru, memetik Harian Metro, siasatan polis mendapat selebriti tersebut disyaki sudah lapan tahun menagih ganja.
“Serbuan dijalankan di rumah teres itu yang juga kediaman didudukinya. Polis kini sedang melengkapkan kertas siasatan sebelum dihantar ke Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya,” katanya.
Selebriti itu yang pernah menyertai rancangan realiti televisyen direman lima hari bermula semalam. Hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati positif dadahtetrahydrocannabinol (THC).
SUMBER: ...

Farid Kamil Yakin Cinta Diana Danielle Masih Kuat
Pelakon Farid Kamil berkata dia yakin bahawa rasa sayang dan cinta isterinya, Diana Danielle masih kuat dan hanya dia yang boleh merasakannya.
Memetik Astro Gempak, Farid berkata dia sayangkan keluarganya serta melihat setiap peluang yang ada merupakan satu rahmat daripada Allah dalam perkahwinan mereka.
“Alhamdulillah, kasih sayang bukan boleh dijual beli. Cinta tak susah untuk dapat, tapi susah kalau dijual dan beli.
“Saya melihat setiap peluang yang ada sebagai rahmat tuhan dalam perkahwinan. Pada saya, perkahwinan kami dirahmati dan saya akan teruskan ...

Gadis Orang Asli Dibawa Lari Dari Cameron Highlands Ke Kedah, 4 Kali Diperkosa Lelaki Dikenali Menerusi Aplikasi Cari Jodoh
Seorang lelaki warga tempatan beruia 29 tahun telah ditahan pihak polis selepas disyaki memperkosa gadis orang Asli. Menurut laporan, suspek mengenali mangsa yang berusia 15 tahun berasal dari Cameron Highlands itu menerusi aplikasi cari jodoh.
Ketua Polis Daerah Cameron Highlands Superintendan Azri Ramli berkata, mangsa telah membuat laporan awal pagi Jumaat mengenai kejadian rogol itu dan mendakwa suspek telah membawanya ke Kedah menaiki kereta.
Read More →

Polis Sedang Jalankan Siasatan Tentang Status Perkahwinan Ibu Bapa Jenazah Bayi Beku
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan pihaknya kini sedang menjalankan siasatan berhubung status perkahwinan ibu bapa bayi lelaki yang disimpan di dalam peti sejuk beku di sebuah hospital swasta di Klang.
Katanya, siasatan berhubung status perkahwinan mereka masih dijalankan dan bakal maklumkan jika terdapat perkembangan yang lebih substantif.
Setakat ini lima sudah dirakam keterangan membabitkan ibu bapa bayi ...

KUSKOP lulus pembiayaan RM204.5 juta bagi usahawan India
KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) melalui TEKUN Nasional meluluskan pembiayaan berjumlah RM204.5 juta kepada 9,412 usahawan India.
Timbalan Menterinya, Datuk Seri R. Ramanan berkata, pembiayaan itu diluluskan menerusi Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India (SPUMI) bagi tempoh 2019 hingga November 2024.
“Menerusi jumlah itu, seramai 1,877 usahawan atau 20 peratus disenaraikan kepada agensi pelaporan kredit akibat kegagalan membayar semula pembiayaan kepada TEKUN Nasional.
“Kita terpaksa ambil tindakan untuk atasi masalah pembayaran semula ...

Pemandu Axia lakukan akzi ‘zig-zag’ ditahan polis
ALOR GAJAH: Pemandu kereta Perodua Axia yang aksinya tular dalam media sosial melakukan aksi berbahaya dengan memandu secara ‘zig-zag’ di Kilometer 216 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara di sini, telah ditahan polis awal bulan ini.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ashari Abu Samah berkata, pemandu lelaki berusia 35 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan selepas klip video berdurasi 69 saat itu dikesan pihaknya kira-kira pukul 3.20 petang, 4 Disember lalu.
Ujarnya, video tular berkenaan memperlihatkan sebuah kereta dengan nombor ...