PETALING JAYA: Dua warga Thailand yang disyaki melepaskan tembakan ke arah pos kawalan pasukan keselamatan di sempadan negara di Padang Besar, Perlis ditahan polis, Jumaat lalu.
Kedua-dua suspek berusia 21 dan 28 tahun terbabit ditahan di Songkhla, Thailand, pada Jumaat lalu hasil kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Polis Thailand.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihaknya mengesan kejadian melepaskan tembakan yang dipercayai berlaku pada 10.28 pagi, Khamis lalu ketika dua anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) menjalankan rondakan berhampiran ...