IPOH: Sebahagian besar kanak-kanak yang diselamatkan menerusi Op Global membabitkan rumah amal dikaitkan GISB Holdings Sdn. Bhd (GISBH) di negeri ini telah dituntut keluarga masing-masing.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Pembangunan Usahawan dan operasi negeri, Datuk Salbiah Mohamed berkata, kanak-kanak berusia 12 tahun dan ke bawah itu antara 55 penghuni rumah amal GISBH yang ditempatkan di rumah jagaan di bawah kendalian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
“Apa juga tindakan yang kita lakukan, semuanya adalah berdasarkan siasatan yang dijalankan oleh ...