KUALA LUMPUR: Sebanyak 5,791 kes penipuan pelaburan melibatkan nilai kerugian kira-kira RM745 juta dicatatkan sepanjang Januari hingga November tahun ini.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, pihaknya telah mengenalpasti terdapat enam medium utama yang sering digunakan sindiket dalam penipuan pelaburan.
“Aplikasi Telegram direkodkan menjadi pilihan utama sindiket dengan 1,832 kes atau bersamaan 31.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes manakala Facebook dan WhatsApp masing-masing merekodkan 1,436 dan 1,378 ...