Blog

Tindakan tiba-tiba masuk simpang bawa padah, warga emas maut dilanggar

KLUANG: Seorang lelaki warga emas maut apabila kereta dipandunya dirempuh sebuah kereta ketika memasuki simpang di Kilometer 56.5, Jalan Batu Pahat-Mersing, pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kluang, Superintenden Nik Mohd. Azmi Hussin berkata, dalam kejadian pukul 9 pagi itu, Lau Yuen Heng, 78, yang memandu kereta Nissan Almera meninggal dunia di tempat kejadian apabila kereta Nissan Almera dipandunya dilanggar pada bahagian kiri oleh Mohamad Hafiz Muhamad, 34, yang memandu Toyota Vios.

Siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika warga emas berkenaan ...

Read More →

Dipaksa makan daging babi, tikus kerana enggan jadi ‘scammer’

KUALA LUMPUR: Seorang pengawal keselamatan berusia 32 tahun mendakwa dia dipaksa untuk bekerja sebagai scammer di Kemboja, selain turut dipukul dan dipaksa makan daging babi serta tikus jika tidak mengikut arahan yang diberikan.

Dia yang berlepas ke Kemboja daripada Lapangan Terbang Kuching pada 31 Julai lalu menceritakan dia sering dipukul kerana berkeras tidak mahu menjadi scammer.

Ibu mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Sal, 53, berkata, pada mulanya, anaknya itu berlepas ke Sarawak kerana ingin berjumpa dengan rakannya.

“Setibanya di sana, rakannya ...

Read More →
blank

Belanja RM72.1 juta baiki 29 kejadian cerun runtuh akibat Monsun Timur Laut

KUALA LUMPUR: Sebanyak 29 kejadian cerun runtuh melanda enam negeri sepanjang tempoh Monsun Timur Laut (MTL) ketika ini.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, jumlah tersebut adalah laporan yang dikeluarkan oleh Bilik Gerakan Bencana (BigBen) yang diuruskan oleh Jabatan Kerja Raya.

Katanya, bagi membaiki runtuhan cerun di enam negeri itu, kerajaan telah memperuntukkan RM72.1 juta.

“Mengikut laporan daripada Bilik Gerakan Bencana, di Kedah terdapat dua bilangan cerun runtuh, Kelantan lima, Negeri sembilan lima, Perak 11 cerun, Selangor satu cerun, ...

Read More →
blank

Mahkamah Tinggi kekal hukuman pegawai MDB dituduh rasuah

KUALA TERENGGANU: Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengekalkan hukuman penjara tiga bulan dan denda RM10,000 terhadap seorang pegawai perancang bandar dan desa di Majlis Daerah Besut (MDB) yang didapati bersalah menerima rasuah berjumlah RM4,500, enam tahun lalu.

Hakim Datuk Hassan Abdul Ghani membuat keputusan itu selepas menolak rayuan yang dikemukakan Zariman Ibrahim, 44, terhadap hukuman tersebut.

Beliau juga mengarahkan hukuman penjara terhadap lelaki berkenaan berjalan mulai semalam. 

Terdahulu, Zariman dihukum penjara dua bulan ...

Read More →
blank

“Allah Tahu Penat Lelah Kita, Selamat Datang Ke Dunia Muka-Muka..” – Kim Seri

Tahun lalu, nama pempengaruh Kim Seri menjadi perhatian ramai kerana berjaya membuka restoran halal tiga tingkat di Myeondong, Seoul.

Difahamkan, tujuan dirinya membuka restoran tersebut kerana disana sukar untuk mendapat makanan yang berstatus halal dan restoran itu dapat sambutan hangat di seluruh pelusuk dunia.

Restoran Kim Seri bukan ‘miliknya’ lagi?

Namun begitu, disebabkan terpalit dengan isu menipu pelanggan yang sudah membayar perkhidmatnya, Kim Seri luah rasa terkejut selepas mengetahui restoran itu bukan ‘miliknya’ lagi.

blank

Read More →
blank

5,791 kes penipuan pelaburan, kerugian RM745 juta dalam tempoh 11 bulan

KUALA LUMPUR: Sebanyak 5,791 kes penipuan pelaburan melibatkan nilai kerugian kira-kira RM745 juta dicatatkan sepanjang Januari hingga November tahun ini. 

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, pihaknya telah mengenalpasti terdapat enam medium utama yang sering digunakan sindiket dalam penipuan pelaburan.

“Aplikasi Telegram direkodkan menjadi pilihan utama sindiket dengan 1,832 kes atau bersamaan 31.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes manakala Facebook dan WhatsApp masing-masing merekodkan 1,436 dan 1,378 ...

Read More →
blank

Bapa, ibu tiri bunuh anak perempuan dipenjara di UK

LONDON: Bapa dan ibu tiri kepada seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun yang ditemukan mati di rumahnya di Britain, masing-masing dijatuhkan hukuman penjara 40 dan 33 tahun selepas disabitkan bersalah atas tuduhan membunuh.

Perbicaraan di mahkamah mendedahkan butiran menyayat hati tentang penderaan berterusan yang dialami mangsa, Sara Sharif, sebelum ditemukan meninggal dunia pada Ogos 2023 di kediamannya di Woking, barat daya London.

Pendakwa raya berkata, mangsa telah mengalami penderaan melampau termasuk kesan melecur, beberapa tulang patah serta kesan gigitan pada tubuhnya.

Selepas ...

Read More →
Page 822 of 2,190 «...790800810820821822823824...»

Kami telah pindah ke website baru. Sila layari https://ibsfocus.my

X