Kementerian Perpaduan Negara (KPN) siap siaga membantu mangsa banjir dengan mengaktifkan Skuad Ihsan Madani yang dianggotai seramai 80 sukarelawan daripada kalangan pegawai, kakitangan KPN, jabatan dan agensi dibawahnya.
Tidak hanya tertumpu kepada usaha-usaha perpaduan, pasukan ini juga sebagai medium untuk mendekati komuniti secara langsung dan menawarkan bantuan secara cekap serta menyeluruh.
Read More →

Lan Zailan Dalam Keadaan Kritikal, Isteri Mohon Doa
Pelakon Lan Zailan dilaporkan dalam keadan kritikal selepas kembali dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada Ahad lalu.
Memetik mStar Online, isteri kepada Lan iaitu Ruby Sara memberitahu pihak keluarganya sudah dimaklumkan mengenai perkembangan terkini dan diminta bersedia dengan sebarang kemungkinan.
“Doktor suruh panggil semua ahli keluarga dan anak-anak. Dia dipindahkan ke wad untuk mudahkan kami berkumpul. Maknanya doktor dah suruh saya sedia terima kenyataan. Begitulah lebih kurang,” katanya.
Pelakon berusia 66 tahun itu disahkan menghidap kanser pankreas tahap empat dan ...

Suspek Mengaku Bunuh, Curi Barang Kemas Untuk Pergi Tonton ‘Game’ Harimau Malaya di Kemboja
Suspek yang ditahan selepas disyaki membunuh seorang wanita berusia 26 tahun di Kuching, Sarawak baru-baru ini mengaku melakukan jenayah itu.
Menurut laporan, suspek berumur 23 tahun tersebut mengaku membunuh Nurul Asikin Lan kerana memerlukan wang untuk terbang ke Kemboja bagi menyaksikan perlawanan bola sepak Harimau Malaya pada 8 Disember lalu.
Read More →

Haram Ke Kalau Bergambar Dengan Pokok Krismas & Santa Claus? Ini Penjelasan Ustaz Azhar Idrus..
Seperti kita ketahui, Hari Natal atau Krismas akan disambut oleh agama Kristian tidak lama lagi, jadinya rumah mereka serta tempat-tempat lain sudah dipenuhi dengan perhiasan bagi meraikan perayaan itu.
Haram ke tak bergambar dengan pokok Krismas & Santa Claus?
Susulan itu, pendakwah bebas dikenali ramai iaitu Ustaz Azhar Idrus (UAI) tampil perjelaskan hukum umat Islam mengambil gambar bersama pokok Krismas dan Santa Claus.
Pokok itu tidak haram, yang haram apabila ...

Harga runcit RON97 naik 3 sen
PETALING JAYA: Harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 3 sen seliter iaitu daripada RM3.19 seliter kepada RM3.22 seliter.
Kementerian Kewangan dalam kenyataan memaklumkan, ia berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism, harga runcit produk petroleum bagi tempoh 19 Disember hingga 25 Disember ini.
Namun, harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter.
“Harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia kekal pada paras RM2.95 seliter dan harga runcit diesel ...

Kelantan kerjasama dengan Kementerian Ekonomi pulihkan hakisan tebing Sungai Kelantan
KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan akan bekerjasama dengan Kementerian Ekonomi dalam usaha pemulihan hakisan tebing Sungai Kelantan di belakang kondominium Pelangi Mall kerana melibatkan kos yang besar.
Timbalan Menteri Besar, Datuk Dr. Mohamed Fadzli Hassan berkata, pihaknya telah mengambil langkah awal dengan mengisytiharkan kawasan itu sebagai lokasi bencana.
“Saya telah melawat lokasi kejadian dan kita perlu isytihar lokasi tersebut sebagai kawasan bencana.
“Apabila pengisytiharan itu dibuat, mahu atau tidak, kita perlu laksanakan langkah pemulihan. Jika ...

“Tiba Masa Tutup Pintu Untuk Orang Tahu Tentang Hidup Saya” – Vivy Yusof
Usahawan dan pempengaruh media sosial Datin Vivy Yusof memilih untuk private akaun Instagram miliknya serta tidak lagi berkongsikan mengenai kehidupan peribadinya kepada umum.
Menerusi perkongsian di Instagram hari ini, Vivy membuat keputusan itu sempena hari lahirnya kerana ingin mengubah kebiasaan berkongsi kehidupan peribadinya kepada umum.
“Saya menutup pintu untuk orang mengetahui tentang hidup saya kerana tiba masanya untuk saya melakukannya dengan cara yang berbeza,”tulisnya.
Sementara itu, Vivy berkata dia tidak menyesal kerana sudah terlalu banyak berkongsikan kehidupan peribadinya sebelum ini serta menganggap ...

Bella Astillah Menangis Bila Ayden Maklum Ada ‘Parents Day’ Di Sekolah
Pelakon dan penyanyi Bella Astillah tidak dapat menahan air mata apabila anak sulungnya, Ayden memberitahu sekolahnya bakal mengadakan hari bertemu ibu bapa.
Menerusi satu video dikongsikan di TikTok, Bella memujuk anaknya dengan mengatakan Ayden mempunyai ibu yang sentiasa bersamanya.
“Ayden beritahu saya tadi ‘Mummy, tomorrow I have parents day’. Saya cakap its okay ada mummy, ada.
“Saya tak pernah alami perkara itu. Jadi bila Ayden cakap saya boleh datang sebab esok hari ibu bapa, saya rasa kesian,” katanya.
Bagaimanapun, Bella berkata dia tidak ...

Berkejar Ke Mahkamah Selepas Tiba Dari Jepun, Shuib Bersedia Beri Kerjasama Kes Gagal Bayar Cukai RM1.6 Juta
Pelawak, Shuib bersedia memberi kerjasama sepenuhnya sepanjang perbicaraan bagi enam pertuduhan kerana gagal membayar cukai perkhidmatan termasuk penalti berjumlah RM1.6 juta.
Memetik dari Mstar, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad berkata dia meletakkan harapan tinggi agar kes berkenaan berjalan dengan lancar dan dapat diselesaikan dengan cara baik.
Read More →

“Ingat Nak Jimat Perbelanjaan, Sudahnya…” – Zarina Zainuddin Sedih Bekal Makanan Tak Boleh Bawa Masuk Jepun
Pelakon, Zarina Zainuddin meluahkan rasa sedih apabila bekal makanan yang dibawa untuk dijamah ketika bercuti di Jepun telah dirampas oleh pihak imigresen baru-baru ini.
Zarina berkata dia gigih menyediakan makanan dan lauk dari Malaysia kerana bimbang akan harga makanan yang agak mahal di negara matahari terbit itu.
Read More →