PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menyaksikan Malam Manifestasi Tiga Seni berlangsung di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Wisma Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada malam tadi.
Acara julung-julung kali diadakan itu merupakan anjuran DBP dengan kerjasama Syarikat Mik & Bell Production Sdn. Bhd. dan Edaran bagi meraikan ekspresi seni melalui integrasi seni visual, puisi, dan muzik.
Hampir 500 hadiri menyaksikan persembahan yang berlangsung lebih sejam itu.
Dalam pada itu, Pengerusi Lembaga Pengelola DBP, Sasterawan Negara Datuk Dr ...