Blog

Kes pertama libatkan varian mpox baharu di Britain

blank

LONDON: Agensi Keselamatan Kesihatan UK (UKHSA) mengesan kes pertama varian baharu mpox, clade Ib melibatkan seorang pesakit yang mengunjungi negara Afrika.  Bagaimanapun, UKHSA berkata, risiko kepada populasi umum masih kekal rendah.  Pihaknya kini memantau kontak rapat pesakit bagi mengawal penyebaran varian tersebut.  Varian clade Ib adalah jenis baharu virus mpox yang diisytiharkan sebagai kecemasan kesihatan … Read More →

blank

Ramai Goda Tapi Saya Tunduk, Terus Jalan Balik Rumah

Penyanyi Datuk Jamal Abdillah mengakui masih berdepan godaan wanita meskipun usia sudah mencecah 65 tahun. Namun, dia sentiasa menepis demi menjaga rumah tangga dengan isterinya, Datin Zai Izzati Khiruddin.

Memetik Kosmo, Jamal berkata perkara paling utama dalam kehidupannya ketika ini adalah kesejahteraan keluarga dan sentiasa tanamkan dalam fikiran dia adalah suami dan bapa.

“Saya selalu elakkan dan tak nak fikirkan tentang hal itu kerana dalam fikiran sudah sentiasa tanamkan bahawa saya adalah seorang suami serta bapa.

“Anak pun dah nak masuk lima ...

Read More →
blank

30 insiden sasar misi pengaman PBB di Lubnan

blank

blank

NEW YORK: Misi Pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNIFIL) di Lubnan merekodkan lebih 30 insiden setakat bulan ini, yang mengakibatkan kerosakan harta benda atau kecederaan kepada anggota pasukan. Jurucakap UNIFIL, Andrea Tenenti berkata, kira-kira 20 insiden adalah disebabkan oleh tembakan atau tindakan Israel. “Daripada 30 insiden bulan ini, kira-kira 20 daripadanya dapat kami kaitkan dengan tembakan … Read More →

blank

JBPM Kelantan terpaksa sambung operasi padam kebakaran di pusat pengumpulan kitar semula

KOTA BHARU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan terpaksa menyambung kerja-kerja memadamkan kebakaran di pusat pengumpulan kitar semula di Jalan Padang Tembak, Kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa di sini yang sepatutnya ditamatkan petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Chepa, Alam Nasut Ilias berkata, ia susulan pemeriksaan lanjut yang dilakukan mendapati bara api masih lagi wujud di lokasi kebakaran tersebut.

“Melihat kepada situasi itu, kami membuat keputusan untuk meneruskan operasi bagi memastikan api dipadamkan ...

Read More →
blank

90 pelarian Rohingya dibiar terkandas di pantai Indonesia

LHOKSEUMAWE: Pemerdagang manusia meninggalkan puluhan pelarian Rohingya, termasuk kanak-kanak, terkandas di tepi pantai di Indonesia barat hari ini, manakala enam mayat ditemukan berhampiran.

Pegawai kampung di Aceh Timur, Saiful Anwar berkata, pelarian tersebut ditinggalkan awal pagi hari ini, kira-kira 100 meter dari pantai di Provinsi Aceh.

Beliau berkata, kumpulan tersebut termasuk 46 wanita, 37 lelaki dan tujuh kanan-kanak, manakala penduduk tempatan menemukan dua mayat di pantai serta empat lagi terapung di laut.

“Menurut maklumat daripada penduduk, mereka terdampar sekitar pukul 4 pagi ...

Read More →
blank

Tiada liga B-15, B16 punca pemain negara lemau?

PETALING JAYA: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tidak mahu sekadar memberikan alasan atas kegagalan skuad bawah-16 (B-16) kebangsaan layak ke Piala Asia B-17 2025, sebaliknya akur bahawa skuad kendalian Javier Jorda Ribera itu tidak cukup baik ketika tewas 2-0 kepada UAE dan seri 2-2 dengan Laos.

Pengarah Teknikal FAM, Scott O’Donell berkata, antara yang dikenal pasti sebagai punca utama kegagalan tersebut ialah tiadanya liga kebangsaan B-15 dan B-16 yang sepatutnya menjadi platform terbaik buat pemain-pemain berusia 15 dan 16 tahun ini ...

Read More →
blank

Lelaki hilang selepas terjun jambatan kerana bergaduh dengan isteri

KUCHING: Seorang lelaki berusia 34 tahun hilang selepas dipercayai terjun ke dalam sungai dari Jambatan Sungai Maong berhampiran Kampung Gita Lama pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, mereka menerima laporan mengenai kejadian itu pada pukul 8.53 pagi dan menggerakkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya ke lokasi yang terletak sembilan kilometer dari balai.

“Komander operasi mengesahkan terdapat seorang lelaki terjun dari Jambatan Sungai Maong dan operasi mencari dan menyelamat (SAR) telah digerakkan,” katanya.

Menurut maklumat awal, lelaki berkenaan ...

Read More →
blank

Tidak adil hanya Najib terima akibat, dalang masih bebas –  Nooryana

KUALA LUMPUR: Ahli keluarga Datuk Seri Najib Razak menyifatkan hukuman yang dikenakan ke atas bekas Perdana Menteri itu  tidak adil, kerana dalang utama masih bebas.

Anak Najib, Nooryana Najwa mendakwa keputusan mahkamah terhadap bapanya yang diarah membela diri terhadap pertuduhan berkaitan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mengecewakan.

Kata beliau, bapanya itu tidak sepatutnya menanggung akibat secara sendirian sedangkan skandal 1MDB itu membabitkan ramai individu termasuk organisasi.

“1MDB ialah rangkaian rasuah sistemik yang melibatkan institusi ...

Read More →
blank

Pasangan buta tak sedar anak sudah 4 hari meninggal dunia

NEW DELHI: Sepasang warga emas cacat penglihatan di India dilaporkan tinggal bersama anak lelaki mereka yang sudah empat hari meninggal dunia.

Kaluva Ramana, 60, dan Shantikumara Kumari, 65, yang juga tidak boleh bergerak, tidak menyedari mengenai kematian Pramod, 30.

Menurut laporan, pasangan suami isteri ini memanggil anak mereka untuk meminta memberikan makanan dan air selepas kematiannya, tetapi tidak mendapat sebarang jawapan.

Oleh kerana keadaan mereka tidak boleh berjalan dan mempunyai suara yang lemah, pasangan warga emas ini tidak dapat menghubungi jiran untuk ...

Read More →
blank

Kartel baja RM60 juta: Dua lagi individu ditahan

PUTRAJAYA: Dua lagi individu termasuk pengerusi syarikat warganegara asing yang ditawarkan projek pembelian baja padi oleh sebuah pertubuhan pertanian ditahan reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Perintah reman selama lima hari sehingga 4 November ini dikeluarkan oleh Pendaftar, Tuan Syahrul Sazly Md Sain terhadap kedua-dua suspek, selepas SPRM membuat permohonan tersebut di Mahkamah Majistret Putrajaya pagi tadi.

Menurut sumber, kedua-dua suspek lelaki yang berusia kira-kira 40-an hingga 50-an ditahan ketika memberikan keterangan di ibu pejabat SPRM lewat petang semalam.

Hasil siasatan awal ...

Read More →
Page 818 of 1,987 «...790800810816817818819820...»

Kami telah pindah ke website baru. Sila layari https://ibsfocus.my

X