PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih menunggu laporan daripada pengadu mahupun Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam kes seorang pegawai kadet di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Sungai Besi, dipercayai menjadi mangsa buli dan dera oleh seorang penuntut senior.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin berkata, PDRM sedia menjalankan siasatan sekiranya terdapat laporan dibuat.
“Kita masih menunggu laporan dari kedua-dua pihak,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Terdahulu,Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan kepada PDRM untuk menyiasat kes buli membabitkan ...