GEORGE TOWN : Sebuah premis makanan yang beroperasi di kawasan Bukit Jambul di sini diarah tutup selama 14 hari oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) berkuatkuasa semalam.
Arahan penutupan itu dibuat gara-gara penemuan sisa makanan yang diurung lipas serta keadaan ruang dapur yang tidak memuaskan susulan satu pemeriksaan yang dibuat dalam Operasi Kebersihan Establisymen Makanan.
Jurucakap MBPP berkata, selain tindakan penutupan premis, sebanyak lima Notis Tawaran Kompaun (NTK) turut dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dalam operasi yang turut melibatkan tujuh buah premis ...