JOHOR BAHRU: Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) merampas 989 produk vape, termasuk berbentuk permainan dan makanan bernilai RM34,158.
Pengarah Kesihatan Johor, Dr. Mohtar Pungut berkata, kesemua produk berkenaan dirampas menerusi Operasi Khas Vape Negeri Johor dijalankan pihaknya, kelmarin dan semalam.
Katanya, JKNJ turut mengeluarkan 11 notis kesalahan di bawah Seksyen 47 Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam (Akta 852).
“Di Johor, penjualan rokok elektronik atau vape adalah dilarang di bawah Undang-Undang Kecil Pelesenan, ...