KUANTAN: Sektor perumahan negara terus didominasi oleh bukan bumiputera memandangkan syarat-syarat ketat yang dikenakan oleh kerajaan untuk sesebuah syarikat itu menjadi pemaju bidang berkenaan.
Pengerusi Eksekutif NNA Land, Datuk Nazrul Izad Mohd. Arsad berkata, menurut Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan Dan Pelesenan) 1966 (Akta 118), seseorang yang membina dan menjual lebih empat biji rumah, mesti mempunyai lesen pemaju serta permit iklan jualan.
“Pemaju tersebut mesti membuka akaun pemajuan perumahan yang mempunyai tiga peratus daripada kos pemajuan projek. Pemaju perumahan juga perlu memperolehi ...