PETALING JAYA: Dakwaan Ketua Pengarah Kastam (KPK), Datuk Anis Rizana Mohd Zainudin menyalahgunakan peruntukan kerajaan untuk bercuti di Bangkok, Thailand baru-baru ini adalah fitnah tidak berasas.
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dalam satu kenyataan menafikan hantaran tular berkenaan dan dakwaan menyatakan Anis Rizana bercuti bersama keluarga dengan menaiki penerbangan Kelas Perniagaan.
“Dimaklumkan bahawa pengambilan cuti KPK selama dua hari, iaitu pada 30 Oktober 2024 dan 1 November lalu telah diluluskan Datuk Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP) selaku Pegawai Pengawal JKDM melalui Sistem ...