“EMPAT tahun saya hidup terkontang-kanting macam orang sesat,”
Penyanyi, Nadeera Zaini tersenyum ketika menceritakan perjuangan 10 tahunnya demi bergelar seorang penghibur.
Selepas membuat keputusan keluar dari rumah mentornya, Datuk Zainal Abidin pada usia 23 tahun, gadis asal Mersing, Johor itu bertekad mahu mencari jalannya sendiri kerana merasakan mentornya sudah memberikan sokongan dan bantuan yang cukup banyak selama ini.
Anak bongsu daripada dua beradik itu melemparkan dirinya dihenyak kekerasan kota raya. Kuala Lumpur tempat yang ...