SANAA : Tentera Amerika Syarikat (AS) melancarkan serangan ke atas beberapa sasaran di ibu negara Yaman yang dikuasai pemberontak Houthi semalam, beberapa jam selepas peluru berpandu yang dilancarkan kumpulan itu mencederakan 16 individu di Tel Aviv, hab komersial Israel.
Serangan tersebut adalah kali kedua dalam tempoh dua hari, dengan pemberontak Houthi mendakwa bertanggungjawab melancarkan peluru berpandu balistik ke arah sasaran ketenteraan Israel.
Menurut kenyataan Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM), antara sasaran serangan adalah pusat simpanan peluru berpandu serta kemudahan kawalan dan ...