KUALA RLUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) merujuk kertas siasatan berhubung isu buku ‘Becoming Hannah: A Personal Journey’ membabitkan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh ke Pejabat Peguam Negara (AGC) pada 10 Januari lalu.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd. Isa berkata, pihaknya kini menunggu arahan lanjut daripada pihak AGC untuk tindakan seterusnya.
“Setakat ini kita menerima sebanyak 182 laporan polis berkaitan isu terbabit.
“Kertas siasatan dibuka di bawah Kanun Keseksaan dan kertas inkuiri polis (KEP),” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perhimpunan ...