PETALING JAYA: Perbezaan kaum dan budaya merupakan resipi kepada kemakmuran pada negara yang mendambakan kerukunan serta keamanan atas dasar mahupun prinsip hidup.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, resipi mengenai perbezaan kaum dan budaya itu sering ditekankan oleh beliau.
Kata beliau, sebarang usaha menanam bibit dan gejala memicu pertentangan kaum mesti dielakkan.
Ini kerana, jelasnya, keseluruhan masyarakat saling memerlu dan melengkapi terutama dalam usaha membina identiti negara bangsa yang berjaya serta berketerampilan.
“Sementalahan, Malaysia tidak seharusnya gagal dan dilumpuhkan hanya kerana kepentingan ...