Blog

Tujuh mangsa kemalangan tayar lori tercabut masih dirawat

MELAKA: Seramai tujuh mangsa kemalangan maut mambabitkan lima kenderaan di Kilometer 204 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara berhampiran Simpang Ampat di sini, kelmarin masih menerima rawatan di Hospital Melaka, setakat pukul 9 pagi tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Datuk Ngwe Hee Sem berkata, ia membabitkan empat warga Singapura dan tiga rakyat tempatan.

Kata beliau, dua mangsa termasuk anak sulung pasangan Khairul Ikhwan Mazupi, 32 dan Fadzlenna Ramli, 32, yang maut dalam nahas itu, Muhammad Uwais Al-Qarni ...

Read More →

Iran tarik balik sekatan akses WhatsApp, Google Play

blank

blank

TEHERAN: Iran mengumumkan menarik balik sekatan akses terhadap platform web Barat yang digunakan secara meluas, termasuk aplikasi pemesejan popular WhatsApp dan gedung aplikasi Google Play. Dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Siber Iran, anggotanya mencapai konsensus untuk menarik balik sekatan akses pada platform asing yang digunakan secara meluas, termasuk WhatsApp dan Google Play, lapor agensi berita IRNA. … Read More →

blank

Kelantan jadikan makanan berasaskan ubi sebagai produk pelancongan di musim tengkujuh

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan sedia menjadikan makanan berasaskan ubi sebagai produk pelancongan di musim tengkujuh.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri Datuk Kamarudin Md. Nor berkata, sebagai permulaan program tersebut akan dilangsungkan selama dua hari di Mini Stadium Pasir Mas dekat sini bermula 10 hingga 11 Januari depan.

Menurutnya, putu halba dan ubi tonyoh yang hanya boleh ditemui di musim tengkujuh akan diketengahkan pada program tersebut.

“Jadi pengunjung akan menemui pelbagai makanan ...

Read More →
blank

Korea Utara tambah askar ke Russia?

KYIV: Ukraine memberi amaran Korea Utara mungkin menghantar lebih ramai askar dan peralatan untuk tentera Russia.

Presidennya, Volodymyr Zelensky mendakwa lebih 3,000 askar Korea Utara terbunuh dan cedera dalam pertempuran di wilayah Kursk, Russia.

“Terdapat risiko Korea Utara menghantar tentera tambahan dan peralatan ketenteraan kepada Russia.

“Kami akan memberikan tindak balas yang nyata terhadap perkara ini,” katanya di platform X selepas menerima laporan daripada komander tertinggi tentera, Oleksandr Syrskyi. 

Anggaran kerugian Korea Utara ...

Read More →
blank

Djokovic intai lebih kejuaraan musim 2025

SYDNEY: Novak Djokovic melaungkan keyakinannya untuk memenangi Grand Slam bermula dengan Terbuka Australia apabila pemain Serbia itu sudah memulakan usahanya untuk meraih gelaran ke-11 yang belum dilakukannya.

Djokovic akan beraksi buat kali pertamanya tanpa ‘Big Four’ selepas Rafael Nadal dan Andy Murray masing-masing mengumumkan persaraan mereka pada tahun ini.

Roger Federer telah mengumumkan persaraannya pada 2022.

Ketika penguasaan mereka semakin pudar, Jannik Sinner dan Carlos Alcaraz muncul sebagai pencabar baharu Grand Slam, dengan kedua-duanya memilih untuk tidak menyertai mana-mana pertandingan menjelang kejohanan ...

Read More →
blank

Korea Selatan kini negara masyarakat super tua

SEOUL: Korea Selatan kini secara rasmi menjadi negara ‘masyarakat super tua’ apabila 20 peratus daripada populasinya berusia 65 tahun ke atas. 

Fenomena itu berpunca daripada kadar kelahiran yang amat rendah, sekaligus mencetuskan kebimbangan terhadap masa depan demografi negara itu.

Sebagai ekonomi keempat terbesar Asia, Korea Selatan mencatatkan kadar kelahiran hanya 0.7 anak bagi setiap wanita tahun lalu. 

Ia menjadi antara negara yang terendah di dunia dan jauh daripada kadar penggantian populasi sebanyak 2.1 yang ...

Read More →
blank

Kecekalan warga emas 64 tahun menoreh getah

TAPAH: Seorang wanita warga emas, menoreh getah selama lebih 64 tahun untuk menampung kehidupan walaupun pendapatannya hanya sekitar RM150 hingga RM200 sebulan.

Painam Mat Karim, 76, yang tidak pernah berkahwin mengakui aspek cuaca sangat mempengaruhinya untuk meneruskan kelangsungan hidupnya.

Katanya, dia menoreh di kawasan kebun seluas 0.6 hektar bersendirian yang hasilnya getah sekerap dijual kepada peraih sekitar daerah ini.

“Semua tahu harga getah sekerap hanya sekitar RM3 hingga RM4 sekilogram malah amat bergantung pada cuaca, jika hujan saya termenung ...

Read More →
blank

Kawal selia bank dengan adil, bukan sekadar kaut untung

blank

blank

BAGAIMANAKAH Bank Negara (BNM) boleh menggelar dirinya bebas dan pengawal selia bank apabila ia sendiri menjadi rakan niaga dengan institusi kewangan yang sepatutnya dipantau. BNM adalah pemegang saham terbesar Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) dengan pegangan 26,895, 534 saham iaitu bersamaan 35.5 peratus dalam syarikat yang ditubuhkan untuk mewujudkan dan menguruskan rangkaian bayaran kebangsaan … Read More →

blank

Si Wei jadi pemangkin Tang Jie-Ee Wei

PETALING JAYA: Beregu campuran utama negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei mendedahkan pengalaman menentang pasangan legenda dari China, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong buat kali terakhir di Jelajah Dunia Akhir pada awal Disember ini menjadi dorongan untuk menjadi gandingan terbaik dunia.

Si Wei yang menghuni ranking No.1 dunia itu mengumumkan persaraannya pada usia 27 tahun dan menjadikan Jelajah Dunia Akhir 2024 di Hangzhou, China sebagai penampilan terakhirnya dalam sukan berkenaan.

Tang Jie berkata, perlawanan akhir itu memberikan pengajaran dari segi kelajuan ...

Read More →
blank

Sabah idam slot final Piala Malaysia

PETALING JAYA: Sabah FC memasang impian untuk melangkah ke final Piala Malaysia selepas mengesahkan tempat ke separuh akhir.

Skuad Sang Badak ke separuh akhir selepas menumpaskan seteru ‘Borneo’, Kuching City FC 1-0 secara agregat di peringkat suku akhir, kelmarin.

Kelebihan menang 1-0 dalam perlawanan pertama memberi kelebihan buat anak-anak buah Martin Stano selepas kedua-dua pasukan terikat 0-0 dalam aksi timbal balik.

Dalam masa yang sama, Stano mengakui pemainnya berhak untuk berada dalam kelompok empat kelab terbaik kejohanan bola sepak tertua di Malaysia ...

Read More →
Page 796 of 2,192 «...770780790794795796797798...»

Kami telah pindah ke website baru. Sila layari https://ibsfocus.my

X