PETALING JAYA: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) meramalkan bencana banjir melibatkan sembilan jajahan di Kelantan dan lapan daerah di Terengganu dalam tempoh tiga hari bermula 29 hingga 31 Disember 2024.
Menerusi kenyataan, jajahan yang terlibat merangkumi Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Pasir Puteh, Bachok, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Jeli.
Lapan daerah di Terengganu pula termasuklah Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kua;a Terengganu, Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman.
Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) dalam kenyataan memaklumkan, semua penduduk terutamanya ...