Pelakon jelita, Sweet Qismina berkongsi dirinya berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 10 kilogram (KG) demi menjayakan watak sebagai seorang pesakit Sindrom Guillain-Barre dalam filem Babah.
Memetik dari Xtra, Sweet atau nama sebenarnya Farhanna Qismina Supandi menepis dakwaan dia melakukan prosedur bariatrik atau potong usus dengan menjelaskan dia mendapatkan nasihat daripada doktor pakar nutrisi.