PASIR MAS: Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara merampas 15 ekor lembu seludup selepas menahan seorang lelaki di Kubang Bemban, di sini semalam.
Lelaki berusia 31 tahun ini ditahan pada pukul 6.50 petang semasa memandu lori jenis Isuzu dalam keadaan mencurigakan menerusi Op Taring Wawasan Kelantan.
Komander Briged Tenggara Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, hasil pemeriksaan ke atas lori tersebut menjumpai 15 ekor lembu yang dipercayai diseludup dari Thailand.
Menurutnya, suspek tersebut dipercayai menjadi penghantar untuk menyeludup ...