Blog

Suhu di Malaysia kembali normal

PETALING JAYA: Hujan di keba­nyakan tempat berikutan keadaan angin Monsun Barat Daya yang kurang aktif telah mengembalikan suhu ke tahap normal antara 32 hingga 34 darjah Celsius. Timbalan Ketua Pengarah Operasi, Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), Dr. Mohd Hisham Mohd. Anip berkata, berikutan itu, pihaknya menjangkakan tidak akan berlaku cuaca panas hingga ke tahap gelombang… … Read More →

“Apa Salah Saya Buat?” – Lee Zii Jia Menitiskan Air Mata, Kesal Nama Sering Dikecam

Sewaktu ditemubual oleh wartawan selepas memenangi pingat gangsa dalam perlawanan badminton Sukan Olimpik Paris 2024, Lee Zii Jia tidak dapat menahan lagi rasa sebak selepas memikirkan tohmahan yang sering diterima olehnya oleh orang ramai.

Kecewa nama sering dikecam

Kata pemain badminton perseorangan negara itu, disebabkan berita-berita yang kurang enak tentang dirinya tular, ia sedikit sebanyak menganggu ketika latihan.

Dalam pada itu, pemain 26 tahun itu turut persoalkan kesalahan yang dilakukannya sehingga nama sering jadi sasaran kecaman di platform media sosial.