KOTA BHARU: Pertubuhan Kerabat Diraja Kelantan menafikan sekeras-kerasnya pemilik akaun TikTok bernama Carrey Farjerry sebagai ahli kerabat dan tiada sebarang kaitan dengan Istana Kelantan.
Ahli Jawatankuasanya, Tunku Mohammed Nazarin Tunku Yusoff berkata, terdapat komen oleh beberapa pengikut lelaki itu di bawah satu hantaran yang mengaitkannya yang juga ahli perniagaan itu dengan keluarga diraja Kelantan.
Menurutnya, Pertubuhan Kerabat Diraja Kelantan bimbang ia akan mendatangkan kesan kepada imej kerabat.
“Perlu dijelaskan bahawa Carrey Farjerry sendiri tidak mendakwa dirinya kerabat diraja Kelantan, tetapi beberapa pengikutnya ...