Kini sedang hamil anak sulung, pelakon Datin Intan Najuwa mendedahkan dia sering menerima pesanan daripada ibunya, Nafizah Mohd Sahid.
Menerusi perkongsian di Insta Story, Intan berkongsikan setiap hari ibunya akan memberikan pesanan kepadanya termasuk banyakkan berzikir ketika hamil.
BACA: Nak Beli Barang Bayi Di London, Intan Najuwa Nafi Guna Duit Suami
Dalam perbualan mesej itu juga, ibunya turut menasihati Intan untuk memperdengarkan ayat suci Al-Quran kepada bayi dalam kandungannya itu dan tidak hanya memikirkan tentang berbelanja sahaja.