Blog

Bayi Usia 19 Hari Maut & Kakak 9 Tahun Koma Akibat Kemalangan, Kereta Dipandu Ibu Terbabas

Dalam kejadian yang menyayat hati berlaku di Rembau, Negeri Sembilan, seorang bayi lelaki baru berusia 19 hari meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan di kilometer 3.8, Jalan Kampung Batu-Inas, dekat Bukit Miku. pagi semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Azmi Ali berkata, dalam kemalangan kira-kira pukul 7.50 pagi itu, bayi berkenaan, Muhammad Adryan Qhalish Muhammad Adzril berada di kerusi penumpang hadapan Perodua Alza mengalami pendarahan di bahagian otak.

Mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) di ...

Read More →
blank

Pembangkang dakwa Belanjawan Melaka tidak telus

MELAKA: Butiran peruntukan Belanjawan Negeri Melaka 2025 yang diumumkan Ketua Menteri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini yang berakhir hari ini didakwa mempunyai kekurangan dan tidak telus.

Ketua Pembangkang DUN, Dr. Mohd. Yadzil Yaakub berkata, sesetengah perbelanjaan tidak dinyatakan dengan jelas terutamanya dalam sektor pembangunan Infrastruktur, pendidikan, pelancongan, keselamatan, bencana dan alam sekitar.

Menurutnya, beberapa projek yang dicadangkan dalam belanjawan juga memberi impak negatif kepada masyarakat setempat dan ...

Read More →
blank

Kerajaan terus pastikan keselamatan rakyat pada 2025 – Ahmad Zahid

PETALING JAYA: Kerajaan akan terus komited untuk memastikan keselamatan rakyat pada 2025 akan terus dijaga dengan baik.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerajaan akan pastikan keselamatan rakyat khususnya dalam menghadapi bencana seperti banjir menerusi peranan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan agensi lain.

Kata beliau, keutamaan kerajaan sentiasa tertumpu kepada pengurangan risiko kehilangan nyawa dan harta benda.

“Saya yakin, dengan semangat kerjasama yang kukuh, kita akan terus melakar kejayaan baharu pada tahun 2025. Semoga tahun ini membawa ...

Read More →
blank

Pelawak Terkenal Ditahan Di Jeddah, Disyaki Bawa Ganja?

Tiada angin tiada ribut, seorang pelawak terkenal dikatakan ditahan di Jeddah kerana dipercayai memiliki dadah jenis ganja 

Memetik Utusan Online, pelawak berkenaan ketika itu dalam  perjalanan menunaikan umrah baru-baru ini.

Bagaimanapun akaun media sosial pelawak berkenaan dilihat masih aktif dengan beberapa hantaran baharu  dipercayai diuruskan oleh pasukan pengurusannya.

Pelawak tersebut dikatakan bakal muncul dalam satu program televisyen yang telah dirakam lebih awal sebelum insiden penahanan berkenaan. Bagaimanapun, setakat ini masih tiada maklumat lanjut berhubung kesahihah kes tersebut.

SUMBER:

Read More →
blank

“Jangan Pulang Malaya Dengan Mayat Saja”

Penyanyi Baby Shima mengejutkan ramai apabila mendedahkan dia menerima ugutan bunuh daripada individu tidak dikenali di media sosial. 

Menerusi perkongsian di Instagram, Shima memuat naik komen ugutan berkenaan yang memintanya untuk berhati-hati jika ke Sarawak kerana ada musuh yang mensasarkan penyanyi itu.

“Hati-hati, musuh telah mensasarkan awak sekarang. Jangan pulang Malaya dengan mayat saja,” tulis individu berkenaan.

Susulan ugutan berkenaan, Baby Shima telah meminta kerjasama daripada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) di bahagian Sarawak berkenaan perkara tersebut.

“Shima baru menerima satu ugutan ...

Read More →
blank

Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan terapung di kolam terbiar

SEREMBAN: Mayat seorang lelaki tanpa identiti ditemukan terapung dalam sebuah kolam terbiar di Dataran Seremban berdekatan sebuah hotel di Jalan Dato’ Bandar Tunggal, di sini hari ini.

Komander Operasi, Timbalan Penguasa Bomba II Mohd. Nafi Wahid berkata, pihak bomba telah menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 11.22 pagi dan satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi pada pukul 11.26 pagi, didapati terdapat satu mayat lelaki berpakaian lengkap terapung di tengah ...

Read More →
blank

SMK Bandar Baru Serting dinobat Juara Kuiz PNB

PETALING JAYA: Sekolah Menengah Kebangsan (SMK) Bandar Baru Serting dari Negeri Sembilan dinobat juara Kuiz Pelaburan Permodalan Nasional Berhad (PNB) baru-baru ini bagi Kategori Remaja mengatasi empat sekolah finalis yang merupakan sebahagian daripada 300 sekolah Kelab Pelaburan Bijak PNB (KPBPNB).

PNB berkata, juara kuiz kebangsaan itu membawa pulang hadiah berupa unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) bernilai RM3,600.

“Empat sekolah lain yang bertanding dalam pusingan akhir ialah SMK Rosli Dhoby, Sarawak (naib johan), SMK Tengku Sarafudin Badlishah, Kedah (tempat ketiga), SMK (L) ...

Read More →
Page 771 of 2,191 «...740750760769770771772773...»

Kami telah pindah ke website baru. Sila layari https://ibsfocus.my

X