KUALA LUMPUR: Kesan terhadap harga barangan import adalah berbeza meskipun nilai ringgit kukuh dan berpotensi memperlahan kadar kenaikan tersebut.
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah berkata, setakat ini inflasi kekal sederhana dengan purata inflasi keseluruhan dan teras sebanyak 1.8 peratus sejak awal tahun sehingga kini.
“Inflasi dijangka berada dalam lingkungan 1.5 peratus hingga 2.5 peratus untuk tahun ini. Pada tahun 2025, inflasi dijangka kekal sederhana dalam lingkungan 2 peratus hingga 3.5 peratus, berikutan keadaan kos global yang semakin reda dan ...