Ina Naim menjelaskan bahawa ketiadaan anak keduanya, Sallman Elkhoyri pada majlis pernikahannya itu adalah kerana dia tertidur.
Menerusi sesi live di akaun TikToknya, Ina yang ditemani oleh suami baharunya, Mohd Khairul Rizal Shukor berkata Sallman sengaja menyibukkan diri kerana takut diserbu media.
Ramai tanya pasal Sallman, hari pertama memang sibuk angkat dulang dan makanan sebab nak elak wartawan tanya soalan dekat dia.