PUTRAJAYA: Kementerian Pengangkutan (MOT) mahu lebih banyak Rang Undang-Undang (RUU) berkaitan sektor maritim dipinda dari semasa ke semasa bagi memastikan ia terus relevan.
Menterinya, Anthony Loke berkata, beliau difahamkan, ada undang-undang maritim yang diguna pakai ketika ini sudah ketinggalan zaman, malah telah diwarisi dari zaman penjajahan British.
“Kita adalah sebuah negara perdagangan yang mana ada barangan dagangan dibawa melalui jalan laut kerana negara kita ada banyak pelabuhan,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan penutupan Bengkel Ekonomi Maritim anjuran Institut Maritim Malaysia ...