KUALA LANGAT: Sekumpulan petugas ambulans Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) berdepan detik cemas apabila kenderaan dinaiki mereka itu melanggar bahagian boom sebuah kren di Teluk Panglima Garang, di sini, semalam.
Kejadian kira-kira pukul 4.15 petang dekat Jalan Garuda, Batu 9, Kebun Baru itu, menyebabkan seorang petugas wanita berusia 20-an yang berada di bahagian belakang ambulans mengalami kecederaan di bahagian muka.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohd. Akmalrizal Radzi berkata, kemalangan berlaku apabila kren berkenaan berhenti di simpang tiga jalan berkenaan ...