KAJANG: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyaki terdapat unsur penyelewengan berhubung kegiatan memunggah keluar hasil galian yang dipercayai mengandungi bauksit tanpa mengikut prosedur yang sah di sekitar Kuantan, Pahang.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, kes berkenaan dalam peringkat sitaan akaun syarikat terlibat yang dikatakan memunggah hasil galian itu ke Terengganu.
Katanya, seramai tiga individu telah ditahan termasuk seorang bergelar Datuk Seri iaitu watak utama dalam kegiatan tersebut.
“Kita dapati ada unsur ...