Seorang pempengaruh dan pereka pakaian ‘streetwear’ telah dikenakan kompaun oleh Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) selepas tular perbuatannya membuat content di TikTok dengan membuang baju ke dalam Sungai Melaka.
Memetik laporan Kosmo! Online, Datuk Bandar MBMB iaitu Datuk Shadan Othman berkata, tindakan tersebut telah diambil bukan saja disebabkan oleh aksi pencemaran yang dilakukan tetapi sebagai pengajaran susulan content tersebut turut mengundang pelbagai reaksi daripada orang ramai.

Pekerja kontrak tidak mengaku patahkan tangan Datuk
BUTTERWORTH: Seorang pekerja kontrak dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mencederakan seorang lelaki bergelar Datuk sehingga menyebabkan tangan kanan mangsa patah, dua minggu lalu.
Tertuduh, M. Dorai Pandian, 46, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Aini Adilah Muhammad Faizal.
Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa menyebabkan kecederaan parah terhadap R. Sritharan, 43, di medan selera Old Market, Jalan New Ferry di sini, pada pukul 4.25 petang, 13 April lalu.
Bagi kesalahan itu, dia ...

Pembantu klinik, ejen direman SPRM
SHAH ALAM: Dua wanita masing-masing pembantu klinik swasta dan ejen ditahan bagi membantu siasatan kes pemalsuan butiran pengesahan kelahiran bayi menjadi anak sah menerusi Ops Birth.
Suspek tempatan berusia 43 dan 49 tahun itu direman selama lima hari selepas ditahan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor antara pukul 1.10 hingga 1.15 petang semalam.
Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Mohamed Redza Azhar Rezali di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.
Read More →

“Bernikah Waktu Gaji Saya Hanya RM1,800” – Datuk Aliff Syukri Imbau Perjalanan Hidup Bersama Datin Shahida Buat Netizen Sebak
Video yang dimuat naik oleh usahawan popular, Datuk Seri Aliff Syukri telah mencuri perhatian warga maya.
Dalam satu perkongsian di Instagram, Aliff Syukri menceritakan saat awal perkenalan dan perjalanan hidupnya bersama isteri tersayang, Datin Seri Shahida, yang nyata menyentuh hati ramai.
Ini cerita kami, 20 tahun yang lepas. Kami ...

Tangguh Haji, Umrah Untuk Mengundi: Kenyataan Hadi Mengelirukan
Tan Sri Abdul Hadi Awang sekali lagi melontarkan kenyataan yang mencuit sensitiviti umat Islam apabila mencadangkan ibadah haji dan umrah boleh ditangguhkan demi menyertai pilihan raya.
Presiden PAS itu dalam ceramah Perikatan Nasional (PN) sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Ayer Kuning pada Ahad, berkata tindakan itu adalah perlu untuk memberi keutamaan kepada kemenangan politik.
Beliau berkata, kemenangan politik tidak boleh ditangguhkan dan Islam perlu berkuasa.
Namun kata Abdul Hadi, umat Islam pada masa ini lebih memilih untuk menunaikan haji dan umrah ...

“Dia Suka Cerita Aib Aku, Depan Orang Berlakon Baik” – Zarina Anjoulie Anggap Ibu Seorang Narsistik
Pelakon Zarina Anjoulie mendakwa ibunya, Norzaini Abdul Hamid atau lebih dikenali sebagai Aunty Aini, sebagai seorang yang bersikap narsistik dan cemburu terhadap anak sendiri.
Menurut Zarina atau nama penuhnya Zarina Anjoulie Lavocah Mohd. Fahizul, ibunya sering memburukkan dirinya kepada tetamu dan berlakon seolah-olah seorang yang baik di hadapan orang lain.
Read More →

Pelakon kerja tak tetap, mengemis – Idzham Ismail
PETALING JAYA: “Alhamdulillah, dulu pun saya memang tak ada duit, makan duit isteri.”
Demikian sindiran pelakon, Idzham Ismail terhadap seorang netizen yang memperlekehkan taraf kehidupannya dengan bekas isteri, Siti Nur Abilah.
Kata Idzham, kerjaya sebagai seorang pelakon tidak mempunyai pendapatan yang tetap sehinggakan dirinya terpaksa bergantung dengan bekas isterinya termasuklah perihal pendidikan anak-anak.
“Pelakon kerja tak tetap, mengemis. Rumah pun bekas isteri bagi duduk rumah dia.
“Kereta dia pun saya pakai. Sekolah anak-anak pun dia tanggung. Itulah kena cari yang boleh sara hidup ...

PRK Ayer Kuning: Dua pusat undi awal dibuka 8 pagi
TAPAH: Dua pusat pengundian awal bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning dibuka serentak pada pukul 8 pagi ini.
Dua pusat pengundian itu ialah Dewan Anggerik yang terletak dalam Kompleks Perumahan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah dan Dewan Rekreasi Pegawai Kanan di Batalion 3 Pasukan Gerakan Am (PGA) Bidor.
Proses pengundian awal yang melibatkan 582 anggota polis dan pasangan itu berlangsung sehingga pukul 12 tengah hari di Kompleks Perumahan IPD Tapah manakala pukul 5 petang di PGA ...

Diet detoks ‘cuci’ usus hanya mitos?

KEBELAKANGAN ini, diet detoks popular di media sosial kerana ia dikatakan menawarkan pelbagai manfaat kesihatan. Antaranya bagi ‘membersihkan’ tubuh badan daripada toksin atau bahan-bahan berbahaya yang terkumpul. Terutama apabila seseorang menikmati makanan tidak sihat atau gaya hidup yang tidak seimbang. Diet jenis ini dikaitkan dengan amalan pemakanan tertentu yang berlangsung selama beberapa hari hingga minggu. … Read More →

KPT arah siasatan menyeluruh kes kemalangan pelajar UUM
PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengarahkan siasatan menyeluruh dilakukan terhadap kes kemalangan seorang penuntut Universiti Utara Malaysia (UUM) yang maut dihimpit bas, Sabtu lalu.
Menterinya, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, siasatan itu membabitkan syarikat pengendali bas yang terbabit dalam insiden itu serta prosedur-prosedur berkaitan.
Beliau berkata, pihaknya memandang serius setiap kejadian kemalangan yang melibatkan pelajar-pelajar khususnya di institut pendidikan tinggi awam (IPTA).
“Dalam hal ini bukan hanya terlibat di kawasan UUM sahaja tetapi ia melibatkan semua universiti.
“Kita ...