Blog

MAIPs tawar kepakaran perkemas pengurusan halal di Namibia

KANGAR: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bersedia menawarkan kepakaran dan pengalaman membantu memperkemaskan pengurusan halal di Namibia.

Agenda dalam mempertingkatkan pengurusan halal yang tersusun dan bersistematik itu akan menambah keyakinan pelanggan untuk membeli produk yang dikeluarkan.

Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, beberapa elemen berkaitan pengurusan halal telah dibincangkan antaranya seperti kriteria halal, penggunaan kaedah penyembelihan dan cadangan menerokai penyeragaman organisasi halal yang berautoriti.

“Adalah penting dalam memastikan sesuatu produk daging yang dikeluarkan mematuhi aspek ...

Read More →

Azizulhasni pertimbangkan keputusan bersara

SEPANG: Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang akan mempertimbangkan semula keputusan sama ada beliau meneruskan karier sehingga Sukan Olimpik Los Angeles (LA) 2028 ataupun bersara dalam masa terdekat.

Azizulhasni yang diberi julukan The Pocket Rocketman itu berkata beliau perlu berbincang bersama keluarga terlebih dahulu sebelum membuat keputusan mengenai persaraan terbabit.

Menurutnya, pujukan dan desakan rakan sepasukan dan ketua jurulatih, John Beasley untuk beraksi pada Sukan Olimpik seterusnya sekali gus dilema dalam membuat keputusan terbabit.

“Selepas perlumbaan (Olimpik Paris) Beasley dan Muhammad ...

Read More →

Pemangku Raja Perlis harap potensi pelaburan Perlis dapat diperkenal ke Jerman

KANGAR: Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berharap agar potensi pelaburan di negeri ini akan dapat diperkenalkan ke negara luar seperti Jerman.

Perkara itu dinyatakan sewaktu baginda berkenan menerima mengadap Duta Besar Malaysia ke Jerman, PYT Datin Paduka Dr. Adina Kamarudin di Fairy Le Phenomenal Café, di sini, baru-baru ini.

Titah baginda, terdapat beberapa potensi pelaburan di Perlis antaranya seperti sektor pelancongan, industri, pertanian, kuari dan perlombongan.

“Selain daripada itu potensi lain adalah seperti logistik, pendidikan dan latihan, teknologi hijau ...

Read More →

“Saya Lakukan Ikhlas Kerana Allah”

Pelakon dan pengacara Raja Azura berkara keputusannya untuk bertudung selepas pulang daripada mengerjakan ibadah haji adalah kerana Allah.

Memetik Harian Metro, pelakon berusia 52 tahun itu berkata perubahan dilakukan atas pilihan sendiri apatah lagi usianya sudah semakin meningkat.

“Apabila sudah sampai waktu, kita berubah menjadi seorang yang lebih baik. Kita semua makin lama makin meningkat usia. Saya tidak seperti orang lain yang mendapat mimpi dibakar sebelum memilih untuk bertudung.

“Saya lakukan dengan ikhlas kerana Allah dan sedar menutup aurat ini adalah tanggungjawab ...

Read More →

Johan Tersentuh Hati Bila Ozlynn Kata “Mulai Saat Ini, Auratnya Hanya Untuk Saya”

Kini selesa dengan penghijrahannya dan tampil bertudung, pelakon Ozlynn Waty berkata dia sudah lama menyimpan niat untuk bertudung sejak beberapa tahun lalu.

Memetik Harian Metro, bagaimanapun Ozlynn mengakui bimbang dengan pandangan orang, namun suaminya mengingatkan agar tidak memikirkan mengenai orang lain.

BACA: “Allah Dengar Ke Apa Yang Saya Cakap?” – Ozlynn Dah Lama Simpan Niat Berhijab

“Sebenarnya niat nak pakai tudung itu sejak beberapa tahun dah. Memang terdetik, tapi pada masa sama saya selalu fikir nanti kalau pakai, ...

Read More →

MAIPs tawar peluang sambung pengajian buat pelajar Namibia

KANGAR: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) menawarkan peluang kepada 15 pelajar dari Namibia untuk menyambung pengajian di Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs).

Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, peluang pengajian dengan biasiswa penuh MAIPs itu akan diselaraskan di bawah kendalian Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Windhoek, Namibia.

“Biasiswa ini tidak termasuk tiket penerbangan dan para calon hendaklah layak serta mendaftarkan diri di KUIPs dalam tempoh dua tahun ini,” titah baginda ketika berkenan mengadakan lawatan ...

Read More →

Kajian lapangan terbang guna sama Malaysia-Thailand di Perlis

ARAU: Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) diharap dapat membantu Perlis melakukan kajian terperinci mengenai kebolehlaksanaan sebuah lapangan terbang guna sama oleh Malaysia dan Thailand di sekitar Kawasan Perindustrian Lembah Chuping (CVIA), Padang Besar.

Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, kajian tersebut sebagai mana yang sudah dilaksanakan NCIA sebelum-sebelum ini.

“Antaranya seperti kajian gerbang antarabangsa Kuala Perlis-Satun, kajian kebolehlaksanaan pembangunan jeti Kuala Perlis dan kebolehlaksanaan karidor Maritim Sanglang,” titah baginda ketika berkenan berangkat menerima sembah taklimat oleh delegasi ...

Read More →

Shuhada Menjerit Satu Rumah, Teruja ‘Crush’ Follow Di TikTok

Bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada meluahkan rasa teruja apabila ‘crush’ yang diminati mula mengikutinya di akaun TikTok.

Menerusi perkongsian di Insta Story, ibu kepada dua cahaya mata itu berkata selama ini dia hanya ‘stalk’ individu tersebut secara diam-diam, namun tidak sangka individu berkenaan mengikutinya di media sosial.

BACA: Shuhada Tarik Balik Kes Pukul, Hafidz Roshdi Puas Hati

Menurut Shuhada lagi, dia menjerit satu rumah kerana ...

Read More →
Page 748 of 1,590 «...720730740746747748749750...»

Kami telah pindah ke website baru. Sila layari https://ibsfocus.my

X