PASIR PUTEH: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menggagalkan cubaan menyeludup lebih 21 juta batang rokok putih tidak bercukai bernilai RM14.8 juta selepas menahan sebuah vesel nelayan asing di perairan Kelantan, kelmarin.
Pengarah Maritim Malaysia negeri, Kepten Maritim Erwan Shah Soahdi berkata, rampasan 105,250 karton rokok itu dilakukan di lokasi 31.5 kilometer dari Pengkalan Kubor dalam satu operasi, Sabtu lalu.
Katanya, vesel laut dalam yang diubah suai sebagai bot kargo itu tidak mempunyai sebarang nombor ...