KUALA LUMPUR: Mahkamah Tribunal Perumahan dan Pengurusan Strata menetapkan 10 Mac bagi keputusan kes Badan Pengurusan Bersama (JMB) Icon Residence Mont Kiara, yang mencabar keabsahan lantikan Majlis Pengurusan Bersama (JMC) perumahan itu.
Pada prosiding itu, wakil Suruhanjaya Bangunan (COB) turut diperintah mengemukakan hujah perundangan bagi mempertahankan tindakannya yang tidak memperakui keputusan Mahkamah Tinggi pada Julai lalu.
Presiden Tribunal, Hakim Zainal Azlan Abdul Kadir memerintahkan wakil COB, M. Palaniappan untuk mengemukakannya dalam tempoh dua minggu, iaitu pada 20 Januari, sebelum pihaknya membuat ...