KUANTAN: “Saya bukan ‘monster’, saya sudah banyak ‘berkorban’ untuk keluarga tetapi saya tak verbal. Apa saya lakukan untuk pertahan kebajikan anak-anak”.
Demikian tegas Abd. Zackery Ghouse Abd. Ghani, 46, suami pelakon dan bekas peragawati tanah air, Zahnita Wilson.
Beliau berkata, selepas isu membabitkan dirinya dan Zahnita timbul, pelbagai tohmahan dilemparkan netizen terhadapnya termasuk digelar ‘raksasa’.
“Saya dapati ramai rakyat anggap saya ganas, ‘monster’. Saya ayah, saya pertahan kebajikan anak-anak. Saya banyak berkorban untuk keluarga ini,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Mahkota ...