ALOR SETAR: Seorang lelaki ditemukan lemas dipercayai terjatuh ke dalam sungai di Kampung Gerigis, Jalan Datuk Kumbar di sini semalam.
Ketua Zon 1 Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah, Penguasa Kanan Bomba 1 Ahmad Aminuddin Abd. Rahim berkata, mangsa berusia 45 tahun itu ditemukan pada pukul 6.58 petang.
“Bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.04 petang seterusnya menggerakkan jentera ke lokasi kejadian. Kerja pencarian awal dilakukan di sekitar tebing sungai dengan menggunakan bot secara permukaan air.