KUALA LUMPUR: Satu demi satu beregu handalan dunia tersingkir pada Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2025 dan hari ini, giliran beregu No. 6 dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang merupakan pilihan kelima tumbang di pusingan kedua di Axiata Arena.
Gandingan No. 2 negara itu tewas straight set 14-21, 18-21 kepada pasangan kembar dari Taiwan, Lee Fang Chih-Lee Fang Jen dalam masa 47 minit.
Kegagalan Aaron-Wooi Yik tersingkir seawal pusingan kedua mengulangi keputusan buruk yang mereka lakar pada edisi 2023, manakala, Terbuka Malaysia ...