PETALING JAYA: Pemain golf profesional negara, Shahrifuddin Ariffin menyasarkan penampilan di pentas Sukan Olimpik Los Angeles 2028 (LA28) selepas melalui musim yang mencabar pada tahun lalu.
Shahrifuddin, 27, mengakui perlu memperbaiki prestasi dan kedudukan rankingnya untuk merealisasikan impian tersebut.
“Saya akui tahun lalu agak sukar, tetapi tahun ini saya berazam untuk bangkit. Sasaran saya adalah untuk kekal sihat, bermain lebih banyak kejohanan dan memperbaiki kedudukan ranking,” katanya.
Shahrifuddin yang lebih dikenali sebagai Dino turut menyasarkan keputusan terbaik dalam beberapa kejohanan tempatan dan ...